Portal berita terbaik anda

Viral

Tanggung sakit sampai mati, kaki anak kucing digunting kanak-kanak nakal

Seekor anak kucing terpaksa menanggung kesakitan sampai mati selepas kakinya dipercayai digunting kanak-kanak nakal.

Menurut Balqis yang berkongsi kejadian itu di Twitter, pada malam itu kucingnya mengingau dengan kuat di dalam sangkar sehingga menimbulkan rasa pelik.

Balqis kemudiannya memeriksa kucing itu dan mendapati ada semut sedang menghurung salah satu kakinya sebelum dia menemui kesan guntingan pada kaki kucing tersebut.

“Kakinya macam kena gunting dan saya tidak perasan sehinggalah malam tu, kucing itu mengingau dengan kuat.

“Saya tak tahu siapa yang sebenarnya yang buat tapi saya syak kanak-kanak nakal yang selalu bermain dekat kawasan rumah,” katanya.

Katanya, dia cuba membawa anak kucing itu ke klinik haiwan tetapi waktu pada ketika itu sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam.

“Jadi ayah suruh letakkan semula anak kucing itu di dalam sangkar sementara menunggu hari esok,” ciapnya.

Balqis berkata, dia telah melakukan pelbagai cara untuk melegakan kesakitan kucing itu termasuk menyapu minyak gamat dan membalutnya dengan kain.

“Malam tu, kucing tu mengingau kesakitan dan sampai satu ketika, ia berhenti. Pada waktu itu, saya tahu yang kucing itu sudah pergi buat selama-lamanya.

“Saya menangis sepanjang malam dan pergi ke sekolah esoknya dengan mata yang bengkak,” ujarnya.

Menurut Balqis, walaupun sudah setahun berlalu, dia masih mengingati kejadian itu. Malah, dia turut meluahkan rasa kecewa terhadap perbuatan kanak-kanak itu yang disifatkannya sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Loading...

Leave a Reply