Portal berita terbaik anda

Utama

‘Tak tertanggung rindu di hati’ – 8 bulan hilang, bapa tetap cari Zahiruddin Putra

Walaupun sudah lapan bulan berlalu, Muhammad Zahiruddin Putra Mohd Fauzi, 8, masih belum ditemui biarpun pelbagai usaha pencarian dilakukan oleh keluarganya.

Muhammad Zahiruddin Putra dilaporkan hilang pada April 2019 di kawasan rumahnya di Pangsapuri Seri Dahlia Jalan Seri Putra 5, Bandar Seri Putra Bangi selepas keluar bermain dengan rakan-rakannya.

Menurut jiran mangsa, mereka ada ternampak mangsa pergi ke kedai berhampiran pada waktu tengah hari dan di sebelah petang pula dia dilihat bermain dengan rakan-rakannya.

Semalam, bapa mangsa, Mohd Fauzi Abdul Ghaffar, memuat naik status yang menunjukkan betapa dia merindui anak lelakinya itu.

“Hari ke 245 bersamaan 8 bulan 3 hari. Kehilangan anak saya masih belum dijumpai hingga kini. Cubaan demi cubaan, dugaan demi dugaan kami hadapi dan bermacam fitnah yang dilontarkan.

“Kami redha dengan ketentuan Illahi. Di dalam hati tidak pernah berputus asa mencari Zahir. Kami sekeluarga memohon kepada rakan-rakan berdoa bersama supaya pencarian anak kami, Zahir, ditemui.

“Sudah tidak tertanggung kerinduan di dalam hati pada Zahir. Ya Allah, Kaulah Maha Mengetahui segalanya. Aku berserah kepada Mu ya Allah, temukanlah anakku Zahir,” tulisnya yang mengundang rasa simpati netizen.

Sumber: Mohd Fauzi

Loading...

Leave a Reply