Portal berita terbaik anda

Utama

Tak sengaja tanya soalan pasal bapa, jawapan budak ini runtun jiwa Paknil

SETIAP insan di dunia ini lahir dengan pelbagai latar belakang yang berbeza. Ada yang hidup mewah, ada yang kurang bernasib baik.

Baru-baru ini, pengacara terkenal, Aznil Nawawi atau Pak Nil berpeluang memberikan motivasi kepada beberapa pelajar yang datang dari pelbagai latar belakang di Kota Kinabalu, Sabah.

Selebriti berusia 57 tahun itu sempat berkongsi video ketika menyampaikan motivasi dalam program Jelajah Ikon Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia.

Namun, apa yang menjadi perhatian adalah ketika pengacara itu beramah mesra dengan salah seorang pelajar yang menyertai program motivasi tersebut.

 

View this post on Instagram

 

Kalau dah sekali melangkah, Paknil akan kuatkan diri untuk menyelesaikan misi. Bukan mudah, tapi disebabkan kesungguhan, dan doa dari kalian, perkara mustahil pun boleh berlaku. #JelajahPAK21 #PAK21 Anda nak Paknil terus melangkah? Anda boleh bantu dgn follow IG ini : @pharmaniagaberhad @citrexvitamin @yayasanpesona @kempendidikan

A post shared by Datuk Aznil Hj Nawawi (@aznilnawawihm) on

Ayah saya tukang sapu…tapi dah meninggal dunia

Pada awalnya, pelajar bernama Rahmat Musli itu diminta untuk membuat persembahan nyanyian.

Sebaik sahaja dia selesai menyanyi, Pak Nil telah bertanya beberapa soalan peribadi kepada Rahmat.

Ditanya mengenai apakah pekerjaan ayahnya, Rahmat menjawab bahawa bapanya hanyalah seorang tukang sapu. Tetapi selepas ditanya sama ada bapanya masih ada, dengan nada pilu dia menjawab ayah sudah meninggal dunia.

Tak sedar air mata mengalir

Jawapan Rahmat itu membuatkan Pak Nil sebak dan tanpa disedari beliau menitiskan air mata apabila mengenangkan nasib pelajar tersebut.

Sementara itu, Pak Nil berkata program itu merupakan satu anugerah buatnya kerana beliau berpeluang untuk melihat dan mendekati anak-anak yang tidak bernasib baik dari pelbagai latar belakang.

Menurut Pak Nil, dia tidak mahu anak-anak hidup dalam kesedihan dan berharap meraka akan bangkit bagi mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik.

Loading...

Leave a Reply