Portal berita terbaik anda

Utama

Tak sempat jalani praktikal, pelajar maut dihempap treler

Dua sahabat maut setelah kereta yang mereka naiki dihempap sebuah treler membawa muatan bahan kimia dari arah bertentangan di Kilometer 204.5 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara kira-kira 7.45 malam tadi.

Mangsa, Muhammad Lukman Haqim Mosyazid dan Ahmad Daniel Ruzwan Iskandar Mohd Ali masing-masing berusia 19 tahun dipercayai dalam perjalanan dari Johor ke Kuala Lumpur bagi memulakan latihan industri.

Menerusi laman Twitter, adik kepada Muhammad Lukman Haqim yang dikenali sebagai Husna meluahkan perasaan sebak diatas pemergian abangnya.

Semua orang sayang kau sangat-sangat

“Kau nak pergi mana ni? Naik la Myvi kesayangan kau Man, jangan tinggalkan aku. Aku tak nak jauh dengan kau,” kata Husna sebaik sahaja jenazah abangnya dibawa menaiki van jenazah.

“Mesti malam tu kau sakit”

Terdahulu, enam mangsa lain termasuk tiga kanak- kanak turut cedera apabila sebuah treler dalam perjalanan dari arah Seremban menghala ke Johor terbabas masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh lima kenderaan dari arah bertentangan.

Perodua Myvi yang dinaiki mangsa remuk teruk akibat dihempap treler berkenaan malah hanya satu mangsa berjaya dibawa keluar sebelum kenderaan berat tersebut dialihkan dengan bantuan kren.

Mangsa kedua hanya dapat dibawa keluar kira-kira enam jam kemudian selepas pihak bomba terpaksa memotong beberapa bahagian kenderaan tersebut.

Salam takziah!

Loading...

Leave a Reply