Portal berita terbaik anda

Viral

Tak sempat beli kek, pakcik order burger untuk kejutan hari jadi isteri

Perkahwinan yang bahagia menjadi impian setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga.

Salah satu cara mencapai kebahagian dalam rumah tangga ialah dengan menghargai tugas dan pengorbanan antara satu sama lain seperti memberikan hadiah sempena hari jadi pasangan atau hari ulang tahun perkahwinan.

Menerusi Twitter, seorang individu telah berkongsi gambar seorang lelaki yang membeli burger jalanan sebagai hadiah sempena ulang tahun kelahiran isterinya.

Difahamkan, lelaki bergelar pakcik itu dikatakan tidak sempat untuk membeli kek lalu dia memesan sebiji burger yang diletakkan di dalam bekas politerin.

Apa yang melucukan, pakcik itu meminta penjual burger itu menulis ucapan selamat hari jadi di atas bekas polisterin tersebut.

Sementara itu, netizen memuji cara pakcik itu menunjukkan rasa kasih sayangnya buat isteri tercinta selain turut berdoa agar beliau sentiasa dimurahkan rezeki.

Loading...

Leave a Reply