Portal berita terbaik anda

Politik

Tak perlu adakan pilihan raya kerana kos tinggi – Ambiga

KUALA LUMPUR: Pilihan raya awal tidak patut diadakan kerana ia akan melibatkan kos yang tinggi.

Menurut bekas Pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan, sentimen rakyat terhadap keperluan untuk mengadakan pilihan raya perlu diambil kira.

“Kemungkinan kita mengadakan pilihan raya awal akan melibatkan kos yang besar adalah tinggi, kerana semuanya dibuat dengan kadar segera, iaitu antara RM750 hingga RM800 juta.

“Jadi bagi saya, kos adalah faktor yang besar. Keduanya, kita ada pelbagai isu termasuk COVID-19, jadi saya tidak merasakan rakyat ingin berdepan satu lagi pilihan raya,” katanya.

Beliau menyuarakan pendapat tersebut dalam program Consider This di Astro AWANI 501 malam tadi.

Selain itu, beliau turut berpesan kepada ahli politik dalam negara untuk segera ke meja rundingan bagi menyelesaikan kemelut politik ini.

“Kita tidak mahu ia berlanjutan kerana akhirnya ia merugikan rakyat dan negara,” kata beliau.

Loading...

2 Comments

  1. Zainal

    Ehhhh , dulu ada prk permatang pauh, kajang, port dickson tak membazir keee?????????

  2. Papan luncur

    bodoh keling, yg 21 bulan pakatan Hancing tungganglanggangkan ekonomi negara, jual asset bumiputera, bernilai BILION BILION ringgit dpd TH, kwsp, petronas tu ko ingat tak?

Leave a Reply