Portal berita terbaik anda

Utama

Tak mahu panjangkan kes, pemilik anjing terima maaf abang posmen

Susulan kejadian seorang posmen melastik seekor anjing peliharaan hingga menyebabkan kecederaan pada mata kiri haiwan tersebut, pelakon dan pelawak Shahrol Shiro tampil menjernihkan keadaan.

Semalam, Shahrol memuat naik video pertemuannya bersama posmen yang juga rakannya yang mana lelaki itu mengaku bersalah dan menyesal di atas perbuatannya mencederakan anjing tersebut.

Memandangkan dia telah menerima notis penggantungan kerja dari pihak Pos Malaysia, lelaki dikenali sebagai Dollah itu berharap agar isu tersebut tidak dipanjangkan oleh pemilik anjing berkenaan.

Sementara itu, Shahrol meluahkan rasa simpati terhadap Dollah dan memohon agar pihak Pos Malaysia menarik balik hukuman dan membenarkan lelaki itu bekerja semula kerana ia merupakan punca pendapatan utama keluarganya.

Pelawak berusia 37 tahun itu turut berkongsi perjalanan mereka berjumpa dengan pemilik anjing terbabit yang dikenali sebagai Encik Siva dan Puan Magesh, semalam.

Menurutnya, pasangan suami isteri itu berbesar hati menerima kunjungan mereka berdua.

Malah, mereka melayan Shahrol dan Dollah dengan penuh kemesraan seperti saudara sendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shahrol Azizie Azmi (@shahrol_shiro)

“Semalam pukul 10 pagi-pagi saya dah telefon. Pasal saya tak nak bawa kes ni lama-lama. Memang saya tahu kerja posmen ni panas, hujan. Memang ‘tension’ saya tahu, saya faham,” ujar Siva ketika ditemui.

Menurut Siva, dia telah menghubungi pihak Shahrol dan Dollah seawal pukul 10 pagi untuk berbincang berkenaan kes tersebut.

Dia meluahkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa Dollah apabila dia digantung kerja oleh majikannya. Oleh itu, lelaki berkenaan mahu menyelesaikan kes itu secepat mungkin.

Sejurus itu, Dollah terus memohon maaf pada Siva dan memberi penjelasan lanjut tentang kesilapannya itu. Dia sedar akan kesalahannya sangat menyesal dengan perbuatannya menganiaya haiwan.

“Saya mohon maaf sangat. Saya pun abang tau lah kerja pos. Gaji pun bukannya besar mana. Saya takut hilang saya punya karier. Saya minta maaf bang,” luah Dollah, diiringi air mata.

Shahrol berharap kes tersebut dapat ditamatkan di situ dan menyifatkan kejadian yang berlaku itu mempunyai hikmah di sebaliknya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan berdoa agar urusan mereka dipermudahkan.

Loading...

1 Comment

  1. Amy

    Syukur sllhamdullilah.
    Postman tu pun buat secara impromptu to safe himself.
    Saya rasa no time to think where to target .
    Kebetulan terkena mata anjing.
    Kalau saya sendiri pun in that situation I just hit or throw anything I have to safe myself from the dog.

Leave a Reply