Portal berita terbaik anda

Politik

Tak logik Nik Aziz setuju penyatuan PAS-Umno, kata Mujahid

PETALING JAYA – Naib Presiden PAN Mujahid Yusof Rawa menyanggah dakwaan Presiden PAS Abdul Hadi Awang bahawa bekas mursyidul am parti Islam itu, Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah menyetujui penyatuan PAS dan Umno ketika masih hidup.

Menyifatkan dakwaan Hadi itu sebagai tidak logik, Mujahid berkata Hadi dan partinya sanggup berbuat apa sahaja untuk menenangkan pengikut setia Nik Aziz yang tidak menyukai penyatuan dengan Umno.

“Mana dia tahu setuju? Nik Aziz sudah meninggal dunia sebelum piagam hari ini. Hebat Hadi boleh tahu setuju ke tidak,” katanya kepada FMT.

“Hadi dan PAS mewajarkan apa sahaja untuk menenangkan pengikut PAS yang setia dengan Nik Aziz dan tidak selesa dengan penyatuan ini, walaupun jawap cara tak logik tentang Nik Aziz,” tambahnya.

Hadi membuat dakwaan itu pada sidang media bersama Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi selepas memeterai Piagam Muafakat Nasional di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Piagam itu menandakan terjalinnya kerjasama rasmi antara dua parti Melayu-Islam terbesar itu.

Hadi berkata Majlis Syura Ulama PAS pernah membincangkan “taawun” atau kerjasama semasa Nik Aziz masih hidup. PAS pernah bersama Umno dalam Barisan Nasional pada 1970-an tetapi meninggalkan gabungan itu pada 1977.

Loading...

1 Comment

  1. Kondisi skrg berbeza dgn semasa dsna dulu, dulu dap tidak sebiadap spt skrg, Andai dsna masih berada skrg maka beliau pon akan bersetuju taawun dgn umno. Mana mungkin Kita masih bersama PH yg Mana parti komponennya menghina Islam, nabi junjungan Kita. Aku yg jahil Pon x sanggup bersama dgn p uak Ni.

Leave a Reply