‘Tak ada panggung wayang, tapi HIV tinggi di Kelantan’

Seorang wakil rakyat DAP dari Perak membidas keputusan kerajaan PAS Kelantan terus enggan membuka panggung wayang di seluruh negeri itu.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Keranji Chong Zhemin berkata alasan mengelakkan masalah sosial yang diberikan adalah tidak logik dan tidak berasas sama sekali.

“Tiada bukti kukuh bahawa pembukaan panggung wayang akan menyebankan peningkatan masalah sosial kerana panggung wayang dibenarkan di seluruh Malaysia, kecuali Kelantan.

“Kerajaan PAS juga harus jelaskan kenapa Kelantan catatkan kes HIV antara paling tinggi ketika panggung wayang diharamkan di negerinya?” soalnya.

Satu-satunya panggung wayang di alan Pos Office Lama, Kota Bharu ditutup pada 1990 selepas PAS mengambil alih kerajaan dari BN.

Dalam sidang DUN minggu ini, seorang Adun BN mencadangkan ia dibuka kembali dengan menggunakan konsep patuh syariah, tetapi tetap ditolak oleh kerajaan negeri.

Loading...

Leave a Reply