Cara buat sumbangan Tabung Harapan Malaysia. Tabung Harapan Malaysia (THM) ditubunhkan pada 30 Mei 2018 oleh Kerajaan Malaysia bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia membuat sumbangan untuk mengurangkan hutang negara yang kini mencecah RM1 trilion. Sumbangan THM dibuka kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira parti. Sumbangan atau derma yang diberikan mestilah bentuk mata wang Ringgit Malaysia sahaja. Setakat ini tarikh tutup Tabung Harapan Malaysia belum ditetapkan lagi.
Cara buat sumbangan Tabung Harapan Malaysia
Orang awam boleh menyalurkan sumbangan mereka menerusi akaun Maybank 566010626452. Rakyat Malaysia yang menderma layak mendapat pengecualian cukai — pastikan anda simpan resit selepas menderma.
Jumlah sumbangan Tabung Harapan Malaysia terkini
Sehingga 3.00 petang, 7 Jun 2018 jumlah derma THM ialah RM49,190,120.04
Leave a Reply