Portal berita terbaik anda

Utama

‘Suspek dah kena cekup..’

GEORGETOWN – Seorang wanita memukul dua kucing kerana membuang najis di depan rumahnya dengan besi sehingga seekor haiwan itu mati dalam kejadian di Pintas Kalui, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1.20 tengah hari itu, seekor lagi kucing mengalami luka di mulut.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, pengadu bersama rakan mendengar wanita terbabit merungut mengenai beberapa kucing yang membuang najis di hadapan rumahnya.

Beliau berkata, wanita terbabit kemudian dilihat mengambil besi dalam keretanya sebelum bertindak memukul kucing yang sedang diberi makan oleh rakan pengadu.

“Didapati kucing berkenaan yang bunting mati manakala seekor lagi cedera di mulut.

“Pengadu turut menghubungi Jabatan Veterinar bagi mengambil kucing itu sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar Jalan Bukit Tengah untuk diberi rawatan,” katanya.

Shafee berkata, suspek wanita yang berusia 51 tahun itu bekerja sebagai broker dan tiada rekod jenayah lampau.

“Suspek terbabit diambil tindakan oleh Jabatan Veterinar.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015,” katanya.

Loading...

Leave a Reply