Portal berita terbaik anda

Viral

Suspek bakar tahfiz ‘kembar’ pelakon Deadpool 2?

Viral di media sosial gambar suspek kes bakar pusat tahfiz Ittifaqiyah, Aeman Daneal memiliki wajah yang seiras dengan pelakon filem Deadpool 2, Julian Dennison.

Dalam filem tersebut, Julian memegang watak sebagai Firefist iaitu penjahat yang mempunyai kuasa api.

Pada mulanya, Wajah Aeman dan Julian telah ditularkan oleh seorang pengguna Facebook, Muhammad Nazmi yang turut memuat naik gambar mereka berdua ke laman sosial miliknya.

Sehingga kini gambar tersebut telah mendapat lebih 4,600 perkongsian dari netizen.

Walaupun hanya kebetulan, ia telah menjadi perbincangan di kalangan netizen kerana persamaan sifat kejahatan antara kedua-duanya.

Aeman, 18, membakar pusat tahfiz manakala Firefist lakonan Julian pula mahu membakar rumah anak yatim yang didudukinya sebelum ini.

Apa yang lebih menarik, bukan wajah mereka sahaja yang seiras tetapi gaya rambut pun lebih kurang sama. Mungkin ini yang dinamakan pelanduk dua serupa.

Loading...

Leave a Reply