‘Suresh pun manusia biasa, tak terlepas dari kesilapan’ – Bekas pengadil FIFA

PRESTASI dipamerkan pengadil final Piala Malaysia, Terengganu (TFC) menentang Perak, Suresh Jayaraman di Stadium Shah Alam, malam kelmarin tidaklah begitu buruk seperti digambarkan netizen media sosial dan media massa.

Bekas pengadil Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) Amir Sharifuddin Wong berkata, pengadil sama seperti pemain tidak terlepas daripada membuat kesilapan semasa mengendalikan sesuatu perlawanan.

Namun katanya, itu adalah antara rencah ramuan yang perlu dipandang sudut positif kerana ia menjadikan perlawanan perebutan piala status Raja Bolasepak Malaysia berkenaan sesuatu yang cukup menghiburkan semua.

“Apabila keputusannya tidak memihak kepada mereka termasuk jaringan yang dibatalkan ia akan menjadi isu yang menjadi talking points.

“Banyak learning and teaching points untuk dipelajari semua terutamanya golongan pengadil. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul,” katanya ketika mengulas kecaman diterima Suresh susulan beberapa keputusan kontroversi dalam perlawanan akhir itu.

Pada masa sama, beliau yang dikenali panggilan Cikgu Amir menasihati pengadil yang menerima pelantikan untuk mengendali sesuatu kejohanan terutamanya berprofil tinggi seperti final Piala Malaysia membuat persediaan awal.

“Seseorang pengadil itu perlu buat homework mengkaji corak permainan kedua-dua pasukan, key players atau playmakers, elakkan prejudice terhadap mana pemain yang suka mengamalkan permainan negatif atau suka jatuhkan diri.

“Sebagai orang penting dalam padang, pengadil itu kena bertegas sejak awal terhadap tackle yang boleh mencederakan pemain di samping membenarkan good flow of entertaining football, dengan itu pemain akan ikut corak permainan yang kita benarkan,” katanya.

Loading...
Published
Categorized as Sukan

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *