Portal berita terbaik anda

Politik

Surat rasmi dalam bahasa Cina, Exco DAP salahkan PAS dan bekas MB

Exco Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi Negeri Johor, Tan Hong Pin mempertahankan Ahli Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) berkata Chan Wei Khjan tidak berniat untuk memperlekeh bahasa Melayu.

Terdahulu hari ini, Ahli MBIP itu mencetuskan kemurkaan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kerana didakwa tidak menggunakan bahasa Melayu dalam surat rasminya.

“Selepas berbincang dengan Ahli Majlis, saya dapati beliau tidak mempunyai niat untuk mencabar kedudukan bahasa kebangsaan.

“Ahli Majlis yang mengeluarkan surat rasmi yang mengandungi tiga bahasa hanya berdasarkan semangat muhibah.

“Harapkan isu ini tidak dibesar-besarkan untuk menimbulkan perasaan tidak senang hati antara kaum,” kata Tan dalam suatu kenyataan petang tadi.

Exco itu mendakwa bekas menteri besar Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin dan pemuda PAS kawasan Iskandar Puteri menimbulkan isu ini tanpa maklumat lengkap kepada orang ramai.

Penterjemahan bantu komunikasi

“Isu ini ditimbul disebabkan surat jemputan perbincangan dari Ahli MBIP yang dituduh oleh Mohamed Khaled Nordin bekas menteri besar Johor di laman Instagramnya dan Pemuda PAS Iskandar Puteri dalam laman Facebooknya yang menyebarkan hanya lampiran dalam bahasa Mandarin serta Inggeris.

“Perbuatan tersebut tidak memberitahu informasi yang menyeluruh kepada orang awam,” katanya.

Beliau turut menjelaskan surat rasmi yang dikeluarkan oleh Ahli Majlis berkenaan ialah dalam Bahasa Melayu dan dilampirkan dengan surat dwibahasa (bahasa Mandarin dan bahasa Inggeris) tanpa meletak nombor rujukan.

“Tujuan perbuatan tersebut adalah untuk memaklumkan mungkin di kalangan penduduk yang tidak fasih Bahasa Melayu untuk menyertai Perbincangan Pehadang Jalan di antara Jalan Jaya Mas 1/2 dan Jalan Silat Cetak 2.

“Penterjemahan dalam pelbagai bahasa dapat membantu komunikasi supaya komuniti setiap kaum lebih memahami dasar kerajaan dengan mendalam,” katanya yang menegaskan menghormati kedudukan bahasa Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan.

Loading...

Leave a Reply