Portal berita terbaik anda

Politik

Sumbangan RM5,000 untuk SJKC kebetulan waktu PRK – Salahuddin

KUALA LUMPUR – Datuk Salahuddin Ayub mengaku memberi sumbangan RM5,000 kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pei Chio Kukup Laut baru-baru ini.

Menyerahkan sumbangan itu menjelang PRK Parlimen itu ujar Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani hanya secara kebetulan dalam waktu berkempen.

Malah tambahnya ia tidak menyalahi undang-undang sebaliknya beliau hanya menjalankan tanggungjawab sebagai menteri .

“Ya memang saya bagi.. Itu kebetulan saya ada situ, memang kewajipan saya untuk beri sumbangan pada semua sekolah dan tidak ada undang-undang yang kata kita tidak boleh beri masa pilihan raya atau selepas, saya menteri saya boleh beri bila bila masa,” tambahnya.

Salahuddin menjelaskan sumbangan kepada sekolah itu berdasarkan permintaan sekolah itu sebelum ini menerusi surat rasmi kepadanya sebelum ini.

Sehubungan itu beliau menepis dakwaan ia diberikan demi meraih undi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

“Sebab surat itu telah diberi kepada saya beberapa bulan yang lalu dan sebagaimana kebiasaannya setiap sekolah di negara ini, bukan saja di Tanjung Piai, parlimen saya di Pulai termasuklah guru-guru (yang) mengenali saya sebagai menteri daripda anak tempatan Tanjung Piai dan mereka meminta sumbangan dan saya bagi pada mereka,” tambahnya.

Sebuah akaun Facebook Ops Johor mempertikaikan tindakan Salahuddin memberi sumbangan RM5,000 kepaada SJKC Pei Chio mengadakan perjumpaan dengan guru-gurunya baru-baru ini. – MalaysiaGazette

Loading...

Leave a Reply