Portal berita terbaik anda

Viral

Sudah mula rindu, Arfan berulang kali panggil ‘abi’ di majlis pengebumian

Gambar-gambar Muhammad Arfan Ziqri, anak kepada pasangan suami isteri, Lans Koperal Muhammad Syakiran Shamsuddin dan Nurul Ashikin Kamaruddin yang maut dalam kemalangan di Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur tular di media sosial sehingga mengundang rasa sebak netizen.

Ini kerana, kanak-kanak lelaki berusia 22 bulan itu belum cukup dewasa untuk memahahi erti kehilangan insan tersayang.

Menerusi perkongsian oleh pengasuh Arfan, Zaiwana Ngojar, wanita itu mendedahkan pesanan terakhir Nurul Ashikin buat anak lelakinya itu.

“Pagi tadi ibu Afan pesan kalau mama balik malam, tidur dgn acik (pengasuh) dulu ya dik…,” tulisnya di Facebook.

Menurut Zaiwana, dia percaya Muhammad Arfan Ziqri akan membesar menjadi seorang anak yang tabah dan dijaga oleh insan-insan yang akan menyayanginya dengan sepenuh hati.

Sementara itu, ketika urusan pengembumian sedang dijalan, Arfan yang mula merindui ibu bapanya mula memanggil bapanya dengan panggilan ‘Abi’ sekaligus membuat suasana ketika itu bertambah hiba.

Tiada siapa yang menyangka kanak-kanak sekecil itu sudah bergelar yatim piatu ketika dia masih memerlukan kasih sayang daripada kedua-dua ibu bapanya.

Sungguh berat dugaan yang perlu ditempuhi adik Arfan. Semoga urusannya nanti sentiasa dipermudahkan oleh Yang Maha Esa.

Loading...

Leave a Reply