Portal berita terbaik anda

Utama

SPM 2019: Anak Ustaz Kazim Elias dapat 9A

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 mencatatkan pencapaian yang lebih baik berbanding pada 2018.

Difahamkan, seramai 8,876 calon memperoleh keputusan cemerlang dengan gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran berbanding 8,436 calon pada tahun lalu.

Antara pelajar yang cemerlang termasuklah anak kepada penceramah terkenal, Ustaz Kazim Elias.

Bekas pelajar Sekolah Menengah (SM) Sains Tapah, Perak itu mendapat keputusan 9A dalam peperiksaan yang diumumkan hari ini.

Perkara itu dikongsi menerusi Facebook rasmi Ustaz Kazim sebentar tadi.

“Alhamdulillah. Tahniah buat anak. Terima kasih kepada guru-guru yang mengajar anak saya dan semua staf SM Sains Tapah, Perak,” katanya.

Sementara itu, ruangan komen dipenuhi ucapan tahniah daripada netizen yang rata-rata gembira dengan berita tersebut.

Loading...

Leave a Reply