Portal berita terbaik anda

Utama

‘Allah beri peluang kepada saya…’ – Lelaki bersyukur terlepas pesawat Lion Air

JAKARTA, INDONESIA – Pegawai Kementerian Kewangan ini sememangnya bernasib baik kerana terselamat daripada tragedi pesawat Lion Air, JT610.

“Saya berasal dari Bandung. Jadi, setiap minggu saya akan pulang dan menaiki pesawat awal pagi,” jelas Sony Setiawan kepada wartawan di Pangkalpinang, hari ini.

Menurutnya, dia biasanya tiba di Jakarta tepat jam 3 pagi (waktu tempatan) dari Bandung.

Namun, Sony terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas di Cikampek hingga menyebabkan dia terlepas pesawat kerana tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta itu pada jam 6.20 pagi.

Dia kemudiannya mengambil penerbangan Sriwijaya Air pada jam 9.40 pagi.

“Selepas mendengar kejadian yang menimpa pesawat Lion Air. Saya menangis kerana terkejut bercampur sedih berikutan enam sahabat saya turut berada dalam pesawat itu. ALLAH memberi peluang kepada saya untuk memperbaiki diri,” ujarnya sambil menambah berasa tidak sedap hati sejak petang semalam.

Menurutnya, dia turut mencetak pas masuk kerana takut terlambat. – Agensi

Loading...

Leave a Reply