Portal berita terbaik anda

Utama

Skim pencen perkhidmatan awam akan dimansuhkan tahun depan

PUTRAJAYA – Mekanisme baharu yang akan menggantikan Skim Pencen Perkhidmatan Awam dijangka dilaksanakan tahun depan membabitkan lantikan baharu dalam sektor itu.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Borhan Dolah, berkata inisiatif yang disasarkan dapat mengurangkan beban kewangan kerajaan sehingga RM5 bilion setahun itu bagaimanapun masih perlu diperhalusi dan bergantung kepada keputusan muktamad kerajaan.

Katanya, kaedah mengurangkan bebanan pencen bagi kerajaan sudah pun dilaksanakan tetapi bukan dalam skala besar.

“Contohnya, seperti tentera ketika ini yang mempunyai lantikan jangka pendek dan jangka panjang, yang mana jangka pendek adalah tidak berpencen.

“Jadi, lantikan baharu ke dalam perkhidmatan awam selepas ini mungkin kontrak saja, tetapi ia akan dipadukan supaya lebih menarik dengan gaji lebih baik, perlindungan kebajikan dan keselamatan dalam pekerjaan.

“Mungkin juga ada perkhidmatan tertentu saja yang akan kita lantik tetap. Lantikan tetap ini juga mungkin boleh kita jadikan dua versi iaitu lantikan tetap berpencen dan tidak berpencen.

“Jadi, akhirnya kita lihat untuk jangka masa panjang kerajaan tidak akan tanggung beban pencen,” katanya selepas merasmikan Persidangan Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam (HRMC) 2019 di sini, hari ini.

Tahun lalu, berdasarkan laporan Tinjauan Ekonomi 2019 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan, kerajaan disaran menyemak semula skim pencen penjawat awam berikutan jangkaan peningkatan beban kepada pertumbuhan ekonomi negara pada masa hadapan.

Menurut laporan itu, skim pencen sedia ada mungkin tidak dapat dikekalkan dalam jangka masa panjang kerana ia akan menambah beban kewangan yang ditanggung kerajaan.

Mengulas lanjut, Borhan menjelaskan pihaknya sudah membentangkan kertas awalan merangkumi pelbagai opsyen ke arah mengurangkan bebanan pencen kerajaan kepada jemaah Menteri dan Jawatankuasa Khas Pembaharuan Perkhidmatan Awam.

“Tetapi ia belum dimuktamadkan dan kita diminta untuk terus lagi memperbaiki serta memperhalusi pelbagai opsyen yang diberikan dan keputusan akhirnya akan dimuktamadkan oleh kerajaan.

“Bebanan pencen kerajaan yang meningkat saban tahun sekarang ini mencecah RM28 bilion setahun dan kita mahu lihat mekanisme supaya kerajaan kurang dibebani dengan perkara ini.

“Jika boleh cecah penjimatan RM5 bilion setahun kepada kerajaan pun adalah baik tetapi ini semua bergantung opsyen yang dipilih,” katanya.

Dalam pada itu, menjawab mengenai sama ada relevan untuk Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) disatukan, Borhan berkata memang ada perancangan ke arah itu dan beliau yakin jika dizahirkan, ia tidak mendatangkan masalah.

Loading...

13 Comments

  1. Aziz Bakar

    Perkara paling bodoh yang kau buat sebagai seorang Ketua Pengarah JPA

  2. Zaidi Khan

    Beban pencen mantan YB tu boleh dimansuhkan terusss sepatutnya.

    • Abkasa Saliem

      Untuk berlaku adil…semua menteri,Mp,Adun,s.usha politik dicadangkan spya pencen mereka jg di mansuhkan apabila tamat kerana tempoh mereka lebih pendik berbanding penjawat awam yg berkhidmat pulohan tahun tp pencen pun bkn besar kerana gred B40 kebawah adalah yg paling ramai…dan pencen para menteri,Mp dan Adun pula beribu ribu sebulan diterima sampai mati sedangkan berkhidmat baru sepenggal….ambil perhatian dan berlaku adil lah..kerana UNDI kemenangan berada di tangan penjawat awam kumpulan terendah..ingat tu..

  3. ZURAINI BIN NASIR

    adalah lebih baik jika pemansuhan ini dibuat kpd MP² yg tidak berkhidmat lama.. setakat berkhidmat sepenggal.. dua penggal.. dapat pencen sampai mati.. mmg x perlu.. berbanding kakitangan awam yg berkhidmat dgn tempoh yg sangat panjang.. perkara ini masih boleh difikirkan sebelum dilaksanakan.. fikirkanlah dgn wajar..

    • Abkasa Saliem

      Untuk berlaku adil…semua menteri,Mp,Adun,s.usha politik dicadangkan spya pencen mereka jg di mansuhkan apabila tamat kerana tempoh mereka lebih pendik berbanding penjawat awam yg berkhidmat pulohan tahun tp pencen pun bkn besar kerana gred B40 kebawah adalah yg paling ramai…dan pencen para menteri,Mp dan Adun pula beribu ribu sebulan diterima sampai mati sedangkan berkhidmat baru sepenggal….ambil perhatian dan berlaku adil lah..kerana UNDI kemenangan berada di tangan penjawat awam kumpulan terendah..ingat tu..

  4. amin

    nak kurangkan beban 5 bilion, tapi senyap² gi tambah hutang dgn jepun pulak berpuluh bilion..

  5. Nizam

    Pencen menteri yang patut dikaji semula..

  6. Sofia

    RM5 billion tu patut dipotong dr gaji menteri2 skrg..gaji & elaun tambahan x masuk akal..melalak jer pandai..

  7. mohd noordin

    pencen yb perlu disemak semula. ada setengah yb ada dua tiga pencen

  8. Wahabhabib

    Pencen menteri yang perlu dikurangkan gaji pencen mereka sebab ada yang lebih dari satu gaji pencen mereka terutama menteri yang veteren.

  9. aku penjawat awam.

    semakin jelas kebodohan menteei kewangan.. x mampu pulihkan ekonomi… buat tindakan sesuka hati.. pandai pulak..bnyk perkara dia yg arah tetapi srh org lain yg inform public. such a stupid Menteri!

Leave a Reply