Portal berita terbaik anda

Utama

Skandal NAFAS RM1.4 bilion: Menteri Pertanian bengap sampai menyusahkan orang?

Cerita Nafas Busuk Kementerian Pertanian.

1. Yang bagi kontrak runding terus bekal baja subsidi kepada Nafas ialah pentadbiran BN yang turut mengandungi MCA.

2. Yang buat tender terbuka ialah kerajaan PH yang kewangannya dikawal oleh DAP.

3. Pada 26 Julai 2019, Pengerusi Persatuan Peladang Nasional (Nafas) yang juga merupakan Adun Kedah kawasan Alor Mengkudu, Phahrolrazi dari parti PAN merayu kepada Menteri Pertanian juga dari parti PAN supaya tidak meneruskan tender terbuka tetapi mengadakan runding terus dengan Nafas.

4. Menteri Pertanian nama Salahuddin Ayub buat bodoh dan pekak babi sahaja selama berbulan-bulan sehinggalah orang beli borang tender, isi borang tender dan sedang melalui proses pemilihan.

5. Bila peringkat hendak buat pengesahan keputusan tender terbuka, Salahuddin pula buat surat kepada PM cadang runding terus kepada Nafas.

6. Jadi MCA pertikaikan kenapa hendak batal selepas hampir selesai sesi pemilihan pemenang kontrak.

7. Apa yang MCA tidak tanya apakah pembatalan ini ada kena mengena dengan syarikat tertentu gagal mendapat kontrak melalui tender terbuka itu?

8. Alih-alih KSU kena ‘peti sejuk’ sebab konon tidak mendapat mandat Menteri untuk buat tender terbuka. Sejak bila tender terbuka kena dapat kebenaran Menteri?

9. Iklan tender terbuka keluar Julai, Nafas rayu pun bulan Julai, menteri tidurkah waktu itu?

10. Jika ikut kronologi adakah
a. MCA yang jahat,
b. KSU yang salah atau
c. Menteri Pertanian yang bengap dan baghal sampai menyusahkan orang?

Sumber: Ab Jalil Backer

Loading...

Leave a Reply