Siti Sarah selamat lahirkan bayi lelaki

Penyanyi Siti Sarah selamat melahirkan bayi lelaki sekitar pukul 5 petang selepas menjalani pembedahan selama hampir 3 jam bermula pukul 2 petang tadi.

Perkara itu dimaklumkan pengurusnya, Nana Mohd. Rom menerusi satu kenyataan ringkas sebentar tadi.

“Assalamualaikum semua. Untuk makluman, Siti Sarah Raissuddin telah selamat melahirkan bayi lelaki sekitar pukul 5 petang tadi.

“Walaubagaimanapun keadaan Sarah masih belum sedarkan diri. Mohon doa semua untuk dipermudahkan segala urusan,” ujar Nana.

Terdahulu sekitar pukul 2 petang tadi, suami Siti Sarah, Shuib mengesahkan isterinya yang sedang bertarung dengan jangkitan Covid-19 telah menjalani pembedahan untuk mengeluarkan bayi dalam kandungan yang berusia tujuh bulan.

“Assalamualaikum semua, terima kasih yang mendoakan isteri saya, Siti Sarah Raisuddin. Sekejap lagi (tadi), lebih kurang pukul 2 petang Sarah akan menjalani pembedahan untuk keluarkan bayi dalam kandungan.

“Saya mohon terus doakan agar pembedahan tersebut dapat dijalankan dengan baik,” tulisnya dalam Instagram. – K! ONLINE

Loading...
Published
Categorized as Utama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *