Portal berita terbaik anda

Utama

‘Simpati bukan bererti terima masuk etnik Rohingya ke Malaysia’ – Profesor UPM

KUALA LUMPUR– Tidak semestinya perasaan simpati kepada etnik Rohingya perlu diterjemah kepada kesediaan menerima masuk mereka ke negara ini.

Penyarah Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr. Abdul Muati Ahmad berpandangan, tiada pihak yang membenci pelarian Rohingya ini apatah lagi bagi beragama Islam.

“Secara umumnya rakyat Malaysia bersimpati dengan nasib malang menimpa masyarakat Rohingya seperti mana kita bersimpati kepada rakyat Palestin, Bosnia, Vietnam, Uyghur, Kashmir, Syria dan lain-lain lagi.

“Tetapi tidak bermakna simpati itu perlu diterjemahkan kepada kesediaan menerima mereka masuk ke negara kita,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook rasminya.

Beliau berkata, simpati kepada etnik berkenaan ibarat bersimpati melihat melaratnya hidup para gelandangan di ibu kota.

“Kita sanggup memberi derma dan sedekah untuk membantu gelandangan ini tetapi tidak bersedia mempelawa mereka datang tinggal di rumah kita.

“Kenapa? Kerana rumah kita adalah untuk kaum keluarga kita. Sama jugalah halnya dengan pelarian Rohingya ini,”katanya.

Dr Abdul Muati berkata, atas dasar perikemanusiaan dan persaudaraan Islam, rakyat Malaysia sedia membantu mereka malah telah pun berbuat demikian.

“Kita sokong mereka dalam persidangan dan forum diplomatik antarabangsa. Kita hantar bantuan material ke tempat mereka di sempadan Myanmar dan Bangladesh.

“Kita pun sudah menerima kemasukan mereka ke negara kita. Di Selayang saja kita terima 3,000 pelarian walhal Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dapati lebih 14,000 sudah menyusup masuk dan tinggal di sana.

“Itu belum lagi kawasan-kawasan lain di negara ini. Entah berapa puluh ribu sudah masuk ke negara kita ini,” katanya.

Beliau turut mempersoal apakah peranan Malaysia dalam isu Rohingya selama ini tidak mencukupi.

“Apakah tidak cukup bantuan dan sokongan yang kita berikan selama ini? Apakah tidak cukup kemanusiaan lagikah sikap kita ini?

“Saya kira apa yang kita berikan sudah memadai. Jangan mengharapkan lebih lagi. Kita sendiri pun menghadapi dugaan berat akibat COVID-19 ini. Rakyat kita sendiri sedang menghadapi kepayahan,” katanya.

Tambahnya, negara akan berdepan dengan keadaan ekonomi tidak menentu bagi pasca pandemik COVID-19

“Malaysia bukan negara kaya. Rakyat Malaysia bukan semuanya mewah.
Ramai terkesan dengan pandemik ini.

“Berilah ruang untuk kami memulihkan keadaan hidup kami dulu. Utamakan rakyat sendiri. Malaysia adalah untuk orang Malaysia,”katanya.

Katanya lagi, mereka yang menjadi tekong, orang tengah atau barua dalam membawa masuk pelarian dan pendatang haram ini hendaklah dianggap sebagai pengkhianat dan dihukum setimpal termasuk dilucutkan kerakyatan Malaysia.

“Malaysia tak perlukan pengkhianat,” katanya.

Jangan keterlaluan membenci Rohingya sampai hilang adab dan tatasusila

Menolak kehadiran baru Rohingya itu benar. Negara tidak boleh menanggung risiko keselamatan dan kesihatan yang mungkin wujud hasil lambakan pelarian

Tetapi keterlaluan membenci Rohingya macam orang bodoh tak pernah puasa itu lebih besar salahnya.

Rohingya hanya mewakili 1/3 daripada jumlah pelarian Myanmar yang berdaftar dengan UNHCR di Malaysia. Baki 94,000 lagi pelarian Myanmar sebenarnya daripada kaum-kaum lain termasuk Myanmar Buddhist.

Ya. Myanmar tak bunuh Rohingya saja. Kaum Karen Buddha pun kena. 400 ribu Karen kini tinggal di kem pelarian sempadan Thailand. Sampai sekarang, Thailand merekodkan jumlah 1 juta kaum tersebut yang sedang mendapatkan perlindungan di negara mereka.

Tetapi apa yang aneh sekali adalah bilamana kita ni seolah olah sudah hilang adab, hilang tatasusila dan hilang kehormatan sebagai orang yang ada akidah. Sampai kita tak boleh lagi tapis antara berita benar dan salah. Sampai kita terpedaya dengan iblis dan terperangkap dengan fitnah.

Sedangkan masalah kita sebenarnya lebih besar. Ya, ada sebahagian Burma (bukan Rohingya sahaja) yang suka makan sireh, suka bela lembu dalam rumah, jual sayur ikut suka mak bapak dia dan suka kacau anak dara orang.

Tetapi kebanyakan isu tersebut boleh selesai dengan penguatkuasaan dan hukuman.

Isu yang sebenarnya menjadi ultimatum sekarang ini adalah isu kewarganegaraan. Rohingya ni kita boleh kenal muka dia. Tetapi pendatang daripada China dan India boleh bercampur dalam negara ini tanpa masalah besar.

Rekod daripada Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2018 menunjukkan terdapat 76,258 pelancong China dan 39,806 pelancong India TIDAK MEMPUNYAI SEBARANG REKOD PULANG KE NEGARA ASAL. Ini hanyalah rekod untuk tempoh 3 tahun (2016-2018)

Berapa ramai sebenarnya yang telah berada dalam negara? Yang menguasai ekonomi dan jaringan perniagaan daripada pegangan rakyat tempatan pelbagai bangsa?

Menambah kecurigaan pada September 2019, telah berlaku pertemuan antara 4 ahli parlimen sebuah parti politik tanah air dan TS Muhyiddin – bertujuan mendesak KDN meluluskan segera permohonan kewarganegaraan yang ketika itu sudah mencecah angka 200 ribu.

Dan jika kita ambil kira kes pendakwaan penjualan MyKad yang melibatkan seorang Penolong Pengarah JPN tahun lepas, kita tak boleh sama sekali rule out bahawa sindiket ini sebenarnya jauh lebih besar daripada apa yang kita bayangkan.

Isu Rohingya ialah isu kemanusiaan mereka dan isu keselamatan negara. Kita mungkin boleh tambah baik dengan menyediakan pulau transit bagi rawatan / persediaan sebelum arahkan mereka pulang.

Itu sisi akhlak kita sebagai seorang Islam tanpa merisikokan kesejahteraan negara.

Tetapi isu kewarganegaraan ialah isu kedaulatan. Isu inilah yang kita sedang terlepas pandang dek kerana kebencian keterlaluan.

Kita sedang mengamuk pada nyamuk yang mengigit, sedang kita lupa di belakang ada harimau yang sedia menerkam.

Loading...

Leave a Reply