Portal berita terbaik anda

Utama

Siklon Pabuk hentam pelantar minyak, mohon doa seluruh rakyat Malaysia

Terengganu kini mengalami hujan lebat kesan daripada Ribut Tropika Pabuk yang kini berada di perairan Laut China Selatan.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), ribut tersebut berada pada kedudukan 6.1°U 104.5°T dengan jarak 179km dari Kuala Terengganu.

Ia dijangka bergerak dengan kelajuan 15 kilometer sejam ke arah barat.

Beberapa video yang dikongsi pekerja pelantar minyak di media sosial juga menunjukkan keadaan cemas apabila pelantar minyak dibadai dengan ombak setinggi 9 meter dan angin kencang berkelajuan mencecah 50 knot.

Sementara itu, orang ramai diminta supaya tidak melakukan sebarang aktiviti di sepanjang kawasan pantai dalam tempoh amaran ribut tersebut.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah turut menyarankan supaya orang ramai melakukan solat hajat bagi memohon perlindungan Allah SWT daripada ancaman bahaya dan bencana alam.

Loading...

Leave a Reply