Portal berita terbaik anda

Viral

Sikit lagi isteri nak bersalin, suami buat hal tak terima doktor lelaki sambut kelahiran anak

Kebanyakan ibu mengandung menginginkan doktor wanita untuk menyambut kelahiran anak mereka.

Namun, kepakaran doktor lelaki juga tidak kurang hebatnya.

Mahu atau tidak mereka terpaksa akur tanpa memilih doktor asalkan anak dapat lahir dengan selamat.

Menerusi perkongsian Dr Ahmad Zakimi Abdullah di Facebook, seorang suami datang ke hospital dengan membawa isteri yang sedang menunggu masa hendak bersalin.

Melihat akan situasi tersebut, doktor cuba memeriksanya tetapi pantas ditegur kerana tidak dibenarkan melihat aurat isteri.

Dalam pada itu, doktor menjelaskan hanya dia sahaja yang boleh menyambut kelahiran bayi kerana tiada pakar perubatan lain yang bekerja waktu tersebut.

Setelah melihat wanita itu mengerang untuk beranak, doktor terpaksa mengambil alih tugas jururawat kerana bimbang masalah yang dihadapi ibu tersebut dan akhirnya bayi selamat dilahirkan.

Meskipun orang lelaki tidak boleh melihat aurat wanita tetapi ia dibenarkan untuk tujuan perubatan.

Doktor lelaki dibolehkan untuk merawat wanita sekiranya berada dalam keadaan darurat.

Namun, masih terdapat beberapa garis panduan yang harus diikuti untuk merawat wanita yang bukan mahram.

Sumber: Dr Ahmad Zakimi Abdullah

Loading...

Leave a Reply