Portal berita terbaik anda

Utama

Seruan solat hajat buat etnik Uighur dan kehancuran komunis China

Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) mengajak seluruh umat Islam melakukan solat hajat untuk memohon pertolongan Allah SWT bagi menyelamatkan nyawa etnik Muslim Uyghur yang dizalimi dan dibunuh.

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, kekejaman dihadapi etnik tersebut menjadi kewajipan bagi seluruh umat Islam selain penindasan di Palestin serta konflik di Syria.

Tegas Nik Muhammad Zawawi, penindasan di Barat China itu seolah-olah tidak dipandang dunia malah negara-negara Islam kelihatan lemah kerana tiada sebarang tindakan tegas dikenakan ke atas Kerajaan China.

Secara tidak langsung, ia bertujuan bagi menyelamatkan nyawa penduduk di sana setelah ribuan mangsa menjadi korban kekejaman dan keganasan rejim komunis China.

Tambahnya negara-negara Islam di seluruh dunia perlu bangkit mempertahankan hak dan menyelamatkan nyawa, bukan hanya berdiam tanpa mengambil apa-apa tindakan.

Justeru, DUPP menyeru orang ramai bagi mengadakan solat hajat selain saranan membaca Qunut Nazilah buat saudara Islam kita.

Loading...

1 Comment

  1. Hassan

    Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, ku pohon kepada Mu Ya Allah supaya SEGERA di munsnahkan ke sesiapa yang melakukan kezalaiman kemunasian di Uighur, Kashmir, India, Rankine, Myanmar atau berikan hidayah sebagai Umat Muhammad SAW. 3 minit aje buat solat hajat, pastu exerise dengan lakukan solat hajat. Alhamdullilah telah aku lakukan.

Leave a Reply