Seronok pergi honeymoon, netizen bengang Instafamous dapat rentas negeri

Netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap seorang Instafamous kerana merentas negeri untuk berbulan madu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih berkuatkuasa.

Ini selepas seorang pengguna Twitter dengan nama chachimi mendedahkan tiga gambar yang memaparkan Instafamous berkenaan sedang mandi-manda di tepi pantai bersama suaminya.

Pengguna Twitter itu tidak berpuas hati kerana pasangan itu dibenarkan untuk merentas negeri semata-mata untuk berbulan madu sedangkan orang lain dilarang untuk berbuat demikian.

Chachimi turut mempersoalkan kewajaran Instafamous berkenaan berkongsi gambar bulan madu mereka di media sosial seolah-olah tidak sensitif terhadap orang lain.

“Instafamous dan kebodohan berpisah tiada!

“Benda boleh buat rilek simpan dulu gambar honeymoon sampai boleh rentas negeri baru upload tapi kota buat teruk jadi insensitive brat pergi canang,” tulis Chachimi dalam tweet tersebut.

Sementara itu, netizen berpendapat tindakan Instafamous itu berkongsi momen tersebut di media sosial dilakukan dengan sengaja untuk mendapatkan perhatian daripada pengikutnya.

Mereka menggesa pihak polis menyiasat perkara tersebut walaupun ada netizen yang mempertahankan pasangan itu dengan menyatakan mereka mendapat kebenaran untuk merentas negeri.

Loading...
Published
Categorized as Viral

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *