Seronok makan asam pedas ‘power’ dalam kereta, 4 individu disiasat polis

Empat individu didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) gara-gara dilihat sedang makan bersama-sama di dalam sebuah kereta di Tangkak, Johor.

Menurut Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Mohd Fadhil Bin Minhat, pihak polis telah mengesan sebuah posting yang telah dimuat naik di Twitter dan dipercayai berlaku di Kedai Asam Pedas Power.

Ujarnya lagi, satu laporan polis telah dibuat dan kertas siasatan dibuka bagi menyiasat kejadian berkenaan.

Siasatan dijalankan di bawah Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

“Pihak polis telah merakam percakapan empat individu yang terlibat dalam kes ini. Kertas siasatan akan dilengkapkan serta dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat,” katanya.

Dalam pada itu, pihak polis menasihati orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes ini agar tidak mengganggu sepanjang siasatan dilakukan selain meminta untuk terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Loading...
Published
Categorized as Utama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *