Portal berita terbaik anda

Viral

Seronok anak bertunang, ibu sarung cincin terus cium tangan bakal menantu

Selain sudah mengenali sepenuhnya pasangan yang ingin dinikahi, mendapat bakal keluarga mertua yang baik dan menyayangi juga adalah satu rezeki.

Baru-baru ini, tular di media sosial video majlis pertunangan antara usahawan kosmetik, Salman Adnan bersama pilihan hatinya, Syahamimi Ezira Shahri.

Apa yang menarik perhatian netizen ialah detik ketika ibu Salman menyarungkan cincin ke jari manis bakal menantunya.

Dari riak wajahnya dapat dilihat yang dia merasa terlalu gembira menerima kehadiran orang baru dalam keluarganya.

Sebaik sahaja menyarungkan cincin, ibu Salman secara spontan mencium tangan gadis itu yang kemudian terus memeluknya.

Video berdurasi 32 saat itu menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen yang rata-rata mendoakan hubungan mereka kekal hingga ke akhirnya.

Tidak kurang juga yang mengharapkan agar mereka turut dikurniakan bakap ibu mertua yang baik seperti ibu Salman.

Loading...

Leave a Reply