Portal berita terbaik anda

Utama

Seorang lagi jemaah tabligh meninggal dunia akibat Covid-19

Malaysia mencatatkan kematian ketiga akibat wabak COVID-19, iaitu membabitkan pesakit daripada kes ke-152, petang tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes ke-152 itu ialah lelaki tempatan berusia 58 tahun, daripada kluster jemaah tabligh.

“Beliau dimasukkan ke Hospital Tawau, Sabah, pada 9 Mac lalu kerana mengalami simptom ‘Severe Acute Respiratory Infection’, selain diberi bantuan mesin pernafasan dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada hari sama.

“Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan disahkan meninggal dunia pada jam 6.27 petang tadi. Takziah diucapkan kepada keluarga arwah,” katanya menerusi status dimuat naik di laman Facebooknya, malam ini.

Loading...

Leave a Reply