Seorang lagi Ahli Parlimen Iran maut akibat COVID-19

TEHRAN – Seorang Ahli Parlimen Iran meninggal dunia hari ini akibat COVID-19, lapor agensi berita IRNA, sekali gus menjadi antara beberapa pegawai yang maut akibat penularan wabak itu di negara berkenaan.

Fatemeh Rahbar, 55, adalah salah seorang Ahli Parlimen konservatif yang dipilih bagi kawasan Tehran, baru-baru ini.

Beliau adalah Ahli Parlimen kedua yang maut akibat COVID-19, selain antara tujuh ahli politik dan pegawai kerajaan terkorban susulan penularan wabak itu di Iran, sejak kes pertama dilapor berlaku pertengahan Februari lalu.

Iran kini giat berusaha membendung penularan COVID-19 yang kini sudah menjangkiti 4,747 orang dan membunuh sekurang-kurangnya 124 nyawa.

Rahbar adalah antara calon utama di Tehran bagi konservatif dan meraih kemenangan besar pada pilihan raya umum Februari lalu, yang mencatatkan bilangan terendah bilangan pengundi mengundi dalam sejarah republik itu.

Iran sudah menutup sekolah dan universiti, menghalang acara utama bagi sukan serta kebudayaan selain mengurangkan tempoh bekerja di seluruh negara itu bagi memperlahankan penularan yang kini merebak ke 31 wilayahnya. – AFP

Loading...
Published
Categorized as Dunia

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *