Portal berita terbaik anda

Politik

Semua lantikan politik PH akan dinilai semula

Semua lantikan politik di agensi di bawah kementerian serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan dinilai semula, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Marzuk Shaary.

Katanya, langkah itu diambil supaya pendekatan agensi serta GLC berkenaan dapat diselaraskan dengan aspirasi kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

“Kita (kerajaan) akan melaksanakan sebagaimana arahan perdana menteri supaya melihat kembali lantikan politik ini dalam mana-mana agensi dan juga GLC supaya selari dan selaras dengan aspirasi kerajaan baru,” katanya seperti dilaporkan harakahdaily hari ini.

Untuk rekod ada beberapa agensi kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Satu daripadanya ialah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia yang kini diketuai Nik Omar Nik Abdul Aziz.

Nik Omar ialah calon PAN di Kelantan pada PRU ke-14 lalu.

Sebelum ini beberapa pegawai kanan agensi kerajaan dan GLC dibuat kerajaan Pakatan Harapan (PH) dilaporkan meletak jawatan atau ditamatkan perkhidmatan mereka.


Antara yang terbaru ialah Noripah Kamso yang ditamatkan perkhidmatannya sebagai pengerusi Bank Rakyat.

Selepas PH membentuk kerajaan pada Mei 2018, gabungan itu banyak membuat lantikan politik, walaupun perkara itu dilihat bertentangan dengan manifesto pilihan raya mereka.

Laporan itu mendakwa masih banyak jawatan kanan lantikan PH dalam agensi kerajaan atau GLC yang belum dikosongkan kerana mereka enggan meletak jawatan.

“Lebih mengjengkelkan, mereka bersikap duri dalam daging, antaranya menyerang secara terbuka pendekatan dan peribadi kepimpinan kerajaan dengan biadab, tuduhan dan melulu, sedangkan mereka dikenali dijawatan berkenaan,” kata laporan berkenaan.

Loading...

Leave a Reply