Semua bentuk bazar Ramadan tidak dibenarkan – Ismail Sabri

PUTRAJAYA – Kerajaan hari ini memutuskan cadangan operasi e-bazar Ramadan menerusi kaedah pandu lalu dan ‘pick-up’ tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pihaknya sudah meneliti dan mendengar pandangan Kementerian Wilayah Persekutuan melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengenai cadangan untuk melaksanakan bazar Ramadan dengan kaedah berkenaan.

“Mesyuarat hari ini telah memutuskan bahawa sebarang bentuk perniagaan berkaitan bazar atau gerai ramadan termasuk dalam bentuk pandu lalu (drive-through) serta tempah dan ambil (pack and pick) tidak dibenarkan sama sekali.

“Jadi, tiada isu lagi berkaitan dengan bazar ramadan atau e-iftar, ia tidak dibenarkan,” katanya dalam sidang media harian, di sini hari ini.

Bagaimanapun, jelas Ismail Sabri kaedah pesanan dalam talian dan penggunaan perkhidmatan e-hailing masih dibenarkan untuk penghantaran seperti biasa.

“Apa sahaja berbentuk bazar… walaupun ada e-hailing (tidak dibenarkan). Kalau kita wujudkan (benarkan) bazar misalnya, 50 bazar sekelompok dan e-hailing (pekerja penghantaran) datang untuk mengambil makanan tersebut (jadi ramai orang), ianya tidak boleh dilakukan… sebab itu saya sebutkan tadi, bazar tidak dibenarkan.

“Tetapi perniagaan e-hailing biasa yang sekarang sudah dilaksanakan dan hantar ke rumah… itu boleh diteruskan seperti biasa,” ujarnya.

Loading...

Leave a Reply