Sempat ucap syahadah, mangsa Covid-19 ‘pergi’ dengan mudah

Seorang anak kepada mangsa Covid-19 yang meninggal dunia meluahkan rasa syukur apabila urusan pengebumian jenazah bapanya semalam berjalan lancar.

Menerusi laman Facebook, Elyas Harun turut memberi penghargaan terima kasih buat semua pihak yang banyak membantu sepanjang arwah bapanya disahkan positif Covid-19 sehingga ke liang lahad.

Menurut Elyas, Allahyarham yang dikenali sebagai Haji Harun ‘pergi’ dalam keadaan baik dan mudah selain sempat mengucap dua kalimah syahadah.

“Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang tidak henti-henti mendoakan untuk ayah saya dan memberi kata-kata semangat kepada saya dan keluarga.

“Terima kasih juga kepada para-para Huffaz yang menghadiakan doa dan 30 juzuk setiap malam kepada ayah saya.

“Juga jutaan terima kasih kepada team frontliner dari KKM, Polis, PDRM, Majlis Agama Islam & Pejabat Kadi dan yang lain-lain dalam membantu kami sekeluarga,” tulisnya.

Tambah Elyas, arwah bapanya telah lama mengorbankan diri dan harta untuk agama Islam dan telah tiba masanya untuk ‘berehat’ yang abadi di akhirat.

Walau bagaimanapun, beliau tidak berkongsi lebih lanjut mengenai rekod kes positif, punca jangkitan dan lokasi Allahyarham menerima rawatan. Salam takziah diucapkan.

Loading...
Published
Categorized as Utama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *