Portal berita terbaik anda

Utama

‘Semoga roh Danial tenang di sana…’ – Cuaca mendung iringi pengebumian ‘bomba cilik’

JENAZAH ‘bomba cilik’, Ahmad Danial Ahmad Suhairi,7, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pantai Beserah, Kuantan, pukul 9 pagi tadi.

Pengerusi Persatuan Sokongan Anak-Anak Kanser (Pesona), Wan Shahriza berkata, urusan pengembumian arwah berjalan dengan lancar dan dipermudahkan oleh Allah SWT.

Menurut Wan Shahriza, semua kawasan di Kuantan mengalami hujan lebat namun berhenti sepenuhnya ketika jenazah di bawa ke tanah perkuburan.

“Segalanya lancar, berjalan mudah dan teratur. Ramai yang mengiringkan perjalanan terakhirnya ke Tanah Perkuburan Beserah.

“Urusan persemadian juga lancar dan tidak tertunda. Bacaan Al Fatihah dihadiahkan untuknya. Tempatnya sudah tersedia di syurga.

“Tiada bacaan talkin atau doa yang perlu lagi. Segalanya sudah dijamin untuknya ke sana.

“Seseorang menunjukkan kepada saya sebuah pusara kecil tidak jauh dari pusara Danial. Di situ adiknya disemadikan.

“Pilu hati memandang sosok Farah, ibu yang tabah itu. Yang telah mengirimkan dua putera ke tanah persemadian,” tulisnya.

Sebelum ini, kisah penghidap kanser otak tahap empat berkenaan tular setelah hasratnya ingin menjadi anggota bomba tercapai selepas ditunaikan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang.

Loading...

Leave a Reply