Semakan daftar pemilih pilihanraya SPR secara online dan SMS. Sudahkah anda bersedia untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi pada PRU14 akan datang? Sebelum keluar mengundi, pastikan anda periksa dan semak daftar pemilih dan lokasi mengundi terlebih dahulu. Berikut cara untuk membuat semakan yang boleh dilakukan secara online atau menerusi SMS.
Semakan Daftar Pemilih PRU14 Secara Online
Cara membuat semakan adalah dengan seperti berikut;
- Layari Laman Web Semakan Pemilih SPR atau klik http://pengundi.spr.gov.my
- Masukkan no IC dan kod verifikasi
- Klik Semak
Cara membuat semakan adalah dengan;
Taip SPR <jarak> SEMAK <Jarak> NO IC dan hantar ke 15888
atau taip SPR <Jarak> NO IC dan hantar ke 15888
Maklumat dan pertanyaan
Sebarang keterangan lanjut berhubung dengan Semakan Daftar Pemilih, sila hubungi talian 03-8892 7000 atau 03-88927018
Leave a Reply