Portal berita terbaik anda

Viral

‘Selagi tak dapat duit, aku akan viralkan kau…’ – Lelaki ditipu syarikat katering RM4,600

SEORANG lelaki kerugian RM4,600 selepas ditipu syarikat katering untuk majlis akikah anaknya pada 8 September lalu.

Menurut mangsa yang dikenali sebagai Huzairul, pemilik syarikat memberikan pelbagai alasan kepadanya dalam usahan untuk melepaskan diri.

Katanya, suspek memberitahu dirinya ditangkap polis dan terpaksa ditahan di lokap di Johor kerana menggaji pekerja asing tanpa permit sedangkan ianya tidak benar sama sekali.

“Tetapi bila aku tanya balai mana kau ditahan, boleh pulak tiba-tiba polis lepaskan kau. Dari situ aku dah syak kau nak mula menipu. Bila aku paksa kau pulangkan duit macam-macam alasan kau bagi.. dah bayar vendor khemah la, dah bayar kambing la.. bila aku minta nombor telefon vendor-vendor ni kau berbelit-belit tak nak bagi sebab kau dah menipu,” katanya menerusi Facebook.

Huzairul berkata, suspek telah menyebabkan majlis akikah anaknya tunggang langgang kerana dia terpaksa mengeluarkan wang simpanannya untuk mencari syarikat katering lain dalam tempoh sehari sebelum majlis berlangsung.

Bukan itu sahaja, suspek juga dikatakan berhutang dengan ah long demi melangsaikan hutang-hutangnya dengan vendor-vendor lain.

“Lepas kau buat taik ni baru aku dapat tahu yang kau terpaksa bayar hutang ah long RM500 sehari. Kedai ketering kau pun dah tak ada. Barang-barang katering kau dah jual. Kau berhutang dengan vendor khemah, vendor kambing, vendor ketering lain. Kau tipu semua orang,” ujar Huzairul.

Berikutan itu, Huzairul nekad membuat laporan polis dan akan memastikan dirinya mendapat semula wang yang telah dibayar kepada syarikat tersebut.

“Aku akan viralkan kau dan keluarga kau sampai aku dapat duit aku balik. Hari-hari post ni ada di setiap group-group di Malaysia sebab aku tak nak kau berleluasa tipu orang lagi,” katanya.

Loading...

Leave a Reply