Portal berita terbaik anda

Utama

Seksanya menemui kematian sehingga terduduk

BANGKAI gajah Pygmy Borneo yang ditemui sekumpulan pemancing di Sungai Udin, Dumpas di Kalabakan, semalam, dipercayai sudah mati antara tiga atau empat hari lalu.

Gajah betina dianggarkan berusia antara 11 hingga 12 tahun dengan ketinggian 1.8 meter ditemui kira-kira jam 11.30 malam dalam keadaan terduduk berhampiran tebing sungai.

Pemeriksaan awal pasukan Jabatan Hidupan Liar (JHL) mendapati luka di bahagian pipi, kepala, badan dan punggung gajah dipercayai akibat tembakan senjata api.

Pengarah JHL Sabah, Augustine Tuuga berkata, pemeriksaan sudah dilakukan di kawasan berkenaan oleh pasukan jabatan diketuai Pegawai JHL Tawau, Sailun Aris dan mendapati kawasan lokasi bangkai berada dalam kawasan pekebun kecil rizab sungai.

Katanya, bot terpaksa digunakan ke lokasi bangkai gajah itu kerana tiada jalan raya.

“Berdasarkan pemeriksaan, bangkai masih dalam keadaan baik.

“Bedah siasat untuk mengetahui punca kematian gajah akan dilakukan esok,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Augustine berkata, pemeriksaan mendapati tali terikat pada gajah seperti dalam gambar tular dalam Facebook sebelum ini tidak ditemui.

Loading...

Leave a Reply