Sekolah arah pelajar balik kerana bekalan air terputus

KOTA BHARU – Sebuah sekolah di sini berdepan masalah gangguan bekalan air sehingga terpaksa mengarahkan murid pulang ke rumah masing-masing pagi tadi.

Bekalan air di sekolah berkenaan terputus hari ini menyebabkan proses pembelajaran tidak dapat diteruskan.

Seorang kakitangan sekolah berkenaan yang enggan dikenali berkata, pihak sekolah terpaksa mengambil keputusan meminta murid pulang semula akibat kesulitan yang berlaku.

“Bekalan air langsung tiada. Jadi sukar untuk keperluan harian murid-murid,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, tular di media sosial menyaksikan murid di sekolah berkenaan diarahkan pulang walaupun sudah tiba di sekolah berikutan ketiadaan bekalan air.

Sementara itu, Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dalam satu notis memaklumkan berlakunya gangguan bekalan air di beberapa kawasan sekitar Kota Bharu.

Notis yang dimuat naik di Facebook semalam, memaklumkan gangguan bekalan air berlaku di jajahan Kota Bharu Utara susulan kerja-kerja pengaktifan paip utama yang baru melibatkan sumber dari Loji Rawatan Air Kampung Puteh ke Tangki Merbau.

Katanya, gangguan bermula dari 21 hingga 31 Mac ini dengan anggaran lebih 6,500 akaun pelanggan terjejas.

Loading...
Published
Categorized as Utama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *