Portal berita terbaik anda

Utama

Sejak PN perintah, rakyat makin terbeban dengan kos sara hidup

Rakyat merungut ekoran kenaikan harga barang basah atau keperluan asas yang naik mendadak menjelang Aidilfitri yang bakal tiba.

Ahli Parlimen PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, dalam keadaan mereka terpaksa menghadapi norma baharu susulan wabak Covid-19, mereka juga terbeban dengan harga barang basah yang dikatakan naik sekali ganda, terutama ayam yang didakwa berharga RM4.60 sekilogram tetapi sejak akhir-akhir ini naik kepada RM7.10 sekilogram.

“Nampaknya semenjak Perikatan Nasional (PN) mengambil tampuk pemerintahan negara tekanan yang dihadapi oleh rakyat semakin tinggi dan terhimpit terutama sekali kos sara hidup,” katanya.

Nik Nazmi berkata, perbezaan itu sangat ketara ketika Pakatan Harapan (PH), harga barang sentiasa dipantau dan pematuhan pada undang-undang sangat tinggi.

Katanya, inisiatif dilakukan kerajaan PH ketika itu adalah harga barang keperluan didapati menurun kira-kira 25 peratus selepas pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP).

“Sebanyak 27 barangan keperluan asas dikategorikan dibawah skim berkenaan termasuk ayam, ikan, sayur, bawang dan lain-lain lagi dan semua barangan yang disenaraikan dalam SHMMP mendapat permintaan tinggi oleh masyarakat yang menyambut perayaan dan kawalan harga dibuat bagi menstabilkan harga dan bekalannya di pasaran.

“Untuk pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) 2019 bagi Hari Raya Puasa, Hari Gawai dan Pesta Keamatan mencapai kejayaan apabila mencatatkan kadar pematuhan yang cemerlang seperti yang dilaporkan oleh mantan Menteri KPNHEP, Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail pada perayaan lepas,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan PN harus proaktif dalam melindungi hak pengguna terutamanya apabila rakyat berhadapan dengan masalah pendapatan dan pandemik yang tidak menentu ini.

Katanya, rakyat tidak seharusnya dibebani dengan harga barang naik terutamanya menjelang musim perayaan.

Loading...

16 Comments

  1. Hashim Hashim

    Kalot x tahwan hala nik ni dok diam2 bodohhhhhhhh.

  2. Pemerhati

    PH members especially Nik Nazmi are bonkers.
    Do comparison before and during pandemic. Surely you will have discrepancies due to a lot of factors.
    How stupid can anyone be!!!!

  3. Amran

    Ph..hancing..smp skg pun mau kencing merata2 lgi.

  4. Rizal

    Hanpa geng2 ni duk x puaih hati pa…kami rahsa…muhyidin yasin dah buat ug terbaik dah eeehhh….aku rahsa terbeban pa pa pon…terbaik lah muhtidin yasin…saya doa dia(peerdana menteri)terhindar dari qabak ni…insha allah..

    • madi

      ayam mampuih mana yg hg juai 4.60 sekilo…hg dgn nasution pun tk turun pdg..nembak je kuat

  5. Thetrue73

    butakatayu punya statement..masa ph dulu pun ekonomi drop..skrg covid punya pukulan pun kita drop,..barulani ekonomi nak naik balik..puak peniaga cauvanis pun mula nak sabotaj kerajaan pn.. naikkan harga barang…

  6. Mat klate

    Hahahaha… Blawok sikit2 sudah la Najmi..

  7. Yg malang

    Alamak!! itu tak seberapa kalau nak dibandingkan ph yang memerintah selama 22 bulan dulu lagi hampeh bukan barang saja naik malah cukai pun sama naik, konon lebih baik dari gst tapi keluar, janji tingga janji,
    KAMI SOKONG PN
    buat ph pula pergi mereput

  8. Yg malang

    Alamak!! itu tak seberapa kalau nak dibandingkan ph yang memerintah selama 22 bulan dulu lagi hampeh bukan barang saja naik malah cukai pun sama naik, konon lebih baik dari gst tapi ke laut , janji tingga janji,
    KAMI SOKONG PN
    buat ph pula pergi mereput

  9. Khalid

    PH, Cari lah statement yg membina bukan statement bodoh macam ni. Nampak sgt PH sendiri tidak prihatin & peka ttg harga barangan. Setiap tahun pembekal dan peniaga cuba naikan harga. Terpaksa kementerian yg kawal selia harga barangan.
    Setakat 22 bulah dlm kerajaan dh nk tunjok pandai pada hal bodoh yg amat sangat, cari tajuk lain Nik Nazmi Nik Ahmad. Anda tidak layak jd ahli parliman

  10. John jarip

    lebih baik duduk diam aja.jgn asyik berpolitik.jgn terlalu angkuh.terimalah hakikat bahawa ph dah tersungkur.kerana k’angkuhan kamu sendiri.biarkan pn buat kerja.klau nak harapkan ph sj.oyoyooh amma appaa.tak boleh pakai punya lah…

  11. Apa yang kau merepek ni setannn…….hahaha sakit perut aku ketawa. Orang bodoh macam kau aje yang percaya dengan kenyataan kau.

  12. Tulang besi

    Skrg kami dok kira duit je…mane ada susahnya…cukup bulan masuk duit…trbaek PN..

  13. Ibnu Sabil

    Kalau setakat pegang rekod hanya harga telur dengan tomato jer yg turun selama 22bln apa laa sangat yg nak dibanggakan..

    • PH SILA MENINGGAL

      ko igt rakyat ni bodoh mcm ko & pmimpin2 ph ke? makin bckp,makin nmpk sgt3 kebodohan tu…tlg laaa diam….
      menyampahhhh

  14. Lebai sidi

    Kenyataan terdesak dr org yg terdesak. Masa PH dulu rakyat x sengsara ke? Lain kali klu nk bercakap guna otak bknnya guna kepala lutut. Malang sungguh pengundi lembah pantai yg ada mp yg bodoh mcm nik nazmi ni

Leave a Reply