Portal berita terbaik anda

Politik

Saya takkan bekerjasama dengan perasuah – Syed Saddiq

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman menegaskan beliau tidak akan sesekali bekerja dengan mereka yang terlibat dalam rasuah untuk membentuk sebuah kerajaan.

Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) itu berkata, integriti dan maruah perlu diutamakan, bukan kepentingan parti.

Menurutnya, beliau menjadi ahli politik beberapa tahun yang lalu kerana ketika itu negara dihina, dikeji dan dimalukan dengan salah laku dan rasuah di mata dunia.

“Saya percaya rakyat Malaysia mempunyai hak untuk mempunyai negara yang lebih baik, negara yang bebas daripada rasuah, yang dihormati dan mempunyai maruah.

“Saya ingin tegaskan satu perkara, saya tidak akan sesekali bekerjasama dengan golongan perasuah, jauh sekali bersetuju mendirikan kerajaan bersama dengan mereka.

“Ini bukan lagi soal parti atau majoriti, ini adalah soal identiti dan integriti,” tegas beliau dalam video yang dimuat naik di Twitter pagi ini.

Syed Saddiq berkata,walaupun sedar pendiriannya tidak disenangi oleh segelintir ahli politik, tetapi menekankan rakyat berhak untuk mendapat kerajaan yang lebih baik.

“Saya faham pendirian saya tidak akan disenangi oleh segelintir ahli politik. Tetapi ahli politik datang dan pergi. Rakyat Malaysia adalah tuan sebenar negara ini.

“Biar mati bermaruah, jangan hidup dijajah,” katanya.

Loading...

Leave a Reply