Portal berita terbaik anda

Utama

‘Saya biaya sendiri anak-anak saya ke New York’ – Mukhriz

ALOR SETAR – Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menjelaskan bahawa beliau tidak menggunakan peruntukan kerajaan untuk membawa ahli keluarganya bersama ketika lawatan kerja rasmi di New York dan London, baru-baru ini.

Menurutnya, beliau mendapat surat keizinan yang jelas menyatakan lawatan rasmi itu hanya melibatkan beliau dan isteri sahaja bersama dua orang pegawai.

“Bagaimanapun, saya sendiri membiayai belanja perjalanan anak saya termasuk penginapan bukan dibiayai kerajaan seperti dipertikaikan sesetengah pihak,” katanya selepas mempengerusikan Majlis Exco, negeri di Wisma Darulaman di sini, petang semalam.

Mukhriz, beliau tidak melihat lawatan tersebut sebagai satu percutian keluarga semata-mata hanya kerana ia turut disertai anak dan isterinya.

“Saya tidak nampak ia satu masalah memandangkan ia tidak langsung menggunakan peruntukan kerajaan malah perlu saya mohon keizinan daripada Pejabat Perdana Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian, ketika diminta mengulas komen netizan yang mempertikaikan lawatannya ke Amerika Syarikat dan United Kingdom berkenaan turut disertai anak dan isterinya.

Mukhriz turut bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dan delegasi Pejabat Menteri menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Sesi yang ke-73 (UNGA), baru-baru ini.

Dalam lawatan rasmi itu, Mukhriz berjaya mengadakan perjumpaan dengan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP) dan beberapa pihak yang berminat terlibat dalam inisiatif di Kedah.

Hasil pertemuan itu, beliau turut berjaya mencari peluang dan dana dalam pemeliharaan hutan di Kedah.

“Selain, saya turut mengadakan pertemuan dengan ahli perniagaan yang berminat untuk melabur di Kedah dalam pelbagai bidang selain mencari peluang baik untuk dibawa balik ke Kedah,” katanya.

Susulan lawatan itu, semalam, Mukhriz mengumumkan kerajaan negeri membuat keputusan untuk membatalkan semua permohonan pembalakan di kawasan Hutan Simpan Ulu Muda.

Keputusan itu diputuskan untuk memastikan pembekalan air di Kedah dan negeri berhampirannya dapat diteruskan tanpa gangguan.

Loading...

Leave a Reply