Portal berita terbaik anda

Utama

‘Saya bernasib baik belum didakwa terlibat dalam kes liwat’ – Najib

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa bahawa Kerajaan PH hari ini menggunakan segala kuasa kerajaan, agensi kerajaan dan media di bawah kawalan mereka untuk terus mempengaruhi pemikiran rakyat demi memburukkan nama beliau biarpun kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menunggu perbicaraan di mahkamah.

Dalam perkongsiannya di Facebook hari ini Najib berkata, terbaru ialah dakwaan melalui kenyataaan media Jabatan Audit Negara pada pagi Ahad bahawa bekas pegawai beliau pada awal 2016 pernah cuba untuk menyembunyikan fakta bahawa ahli perniagaan Low Taek Jho pernah menghadiri satu mesyuarat di 1MDB.

“Petang tadi, saya telah meminta peguam saya untuk mengeluarkan kenyataan bagi membalas dakwaan terbaru ini,” katanya.

Najib berkata, jika di lihat secara teliti dan matang, Kementerian Kewangan ketika dibawah Kerajaan BN telah menjawab melalui jawapan bertulis di Parlimen pada 21 Disember 2015 untuk mengesahkan bahawa Jho Low pernah menghadiri satu mesyuarat 1MDB tetapi hadir dalam kapasiti mewakili syarikat PetroSaudi dan bagi pihak Putera Turki.

“Sebelum itu juga, fakta ini juga telah disahkan, dijelaskan dan dibincangkan di prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 25 November 2015.

“Kedua-dua pendedahan ini sudah berlaku sebelum tarikh yang didakwa oleh kenyataan media Jabatan Audit Negara bahawa berlakunya cubaan untuk menyembunyikan nama Jho Low di dalam laporan Audit Negara,” katanya.

Najib menambah, amat jelas, tiada sebarang cubaan oleh Kerajaan lalu untuk menyembunyikan dari ahli PAC ataupun dari rakyat tentang kehadiran Jho Low dalam salah satu mesyuarat 1MDB.

“Saya bernasib baik bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah dimansuhkan dan saya masih belum didakwa terlibat dalam kes liwat,” katanya.

Loading...

Leave a Reply