Portal berita terbaik anda

Utama

‘Saya baru tahu kebaikan minyak kelapa sawit sejak jadi menteri’ – Teresa Kok

Menteri Industri Utama, Teresa Kok mendedahkan tidak tahu-menahu mengenai kebaikan minyak kelapa sawit sehinggaah beliau bergelar menteri, lapor portal TTKM.

“Selepas saya jadi Menteri Industri Utama, saya baru belajar tentang kebaikan, khasiat minyak sawit kita dan saya juga belajar nak melawan balik kempen anti-sawit Eropah.

“Bila saya dengar banyak taklimat pada tahap permulaan jawatan saya, saya tanya saya sendiri: kenapa saya tidak tahu semua cerita ini?,” katanya dalam dalam rancangan Soal Rakyat terbitan TV3, malam tadi.

Teresa turut mengakui tidak tahu bahawa minyak sawit sangat sesuai digunakan untuk menggoreng kerana ianya dapat menahan suhu yang tinggi disebabkan tiada siapa yang memberitahunya sebelum ini.

“Saya sendiri pun tidak tahu yang minyak sawit itu begitu baik khususnya kalau kita nak goreng, goreng ayam, goreng apa, mesti pakai minyak sawit kerana ia boleh tahan tahap kesuhuan yang tinggi. Jadi maklumat ini tak ada orang beritahu saya,” katanya.

Dedahnya lagi, beliau juga pernah menggunakan minyak zaitun untuk menggoreng ikan, sedangkan minyak itu sebenarnya boleh dimakan secara mentah-mentah.

Sebelum ini, Teresa Kok berkata perluasan penanaman kelapa sawit di Malaysia akan dihadkan dan beliau mencadangkan supaya penanaman alternatif seperti buluh digiatkan kerana permintaan tinggi tanaman tersebut terutamanya di Jepun.

“Kini adalah masa yang sesuai bagi kita untuk hentikan perluasan penanaman kelapa sawit. Lihat pada tanaman lain. Sebagai contoh, seperti, anda tahu, di Pahang.

“Beberapa kawasan ha, buluh. Buluh tumbuh dengan sangat cantik, banyak pokok buluh. Buluh boleh ditukarkan kepada pelbagai err. errrr… bahan arrr! dan errr.. ada err…. orang Jepun adalah pasaran yang hebat untuk produk buluh,” katanya.

Loading...

Leave a Reply