Portal berita terbaik anda

Utama

‘Saya bangga, dia penembak terbaik’ – AR Badul mengenang pemergian anaknya

AYAH mana yang tidak bangga apabila anaknya memilih untuk menjadi wira mempertahankan negara.

Demikian perasaan yang terbuku di benak fikiran seniman veteran, AR Badul ketika bercerita mengenai minat mendalam anaknya, Mejar Mohd Zahir Armaya yang kembali ke rahmahtullah ketika sedang bertugas.

Sekalipun hiba mengenang Mohd Zahir yang gugur ketika menjalani latihan, namun, Badul reda dengan ketentuan Allah.

“Dia adalah seorang anak seni darah seni yang pergi ke bidang ketenteraan,itu

“Saya rasa bangga (pencapaian Allahyarham Mohd Zahir). Saya tidak mimpi anak saya jadi tentera, jadi komando dapat jadi kapten… baru naik jadi mejar.

“Dia penembak terbaik darat dan udara semua dia buat. Bukan senang semua ada kemampuan macam itu, kita bangga tetapi bila kehendak Allah macam ini kita reda apa lagi nak cakap,” ujar pelakon tersohor itu lagi dalam temu bual dengan Astro AWANI.

Kata Badul, pemergian Mohd Zahir ke rahmatullah ketika bertugas adalah tanda pengorbanan seorang tentera yang sanggup berkorban demi negara dan bangsa.

“Kita kadang-kadang (kerjaya tentera) tidak ambil pandang langsung. Sama macam kejadian berlaku (ada yang) kata tentera suruh pergi buat kerja ladang semua.

“Kegunaan dan tanggungjawab tentera besar dia boleh apa sahaja untuk negara dan bangsa,” ujar seniman itu lagi.

Sementara itu, Badul berkata, jenazah dijangka tiba di Kem Wardieburn, Setapak, Kuala Lumpur kira kira jam 9 malam dari Kota Kinabalu sebelum dibawa ke Ipoh untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Tambun, Ipoh, Perak.

Loading...

8 Comments

  1. Semoga Allah tempatkan rohnya bersama para solehin dan syuhada serta orang-orang beriman. Allah maha mengetahui. Al-fatihah pejuang dan wira negara! Agi idup agi ngelaban!

  2. Mohd shahrul nizam

    Semoga tuan dalam lindungan allah subhanallah taala..al fatihah

    • Halimah bt noh

      Semoga rohnya ditempatkan,dikalangan orang orang beriman….dan mati syahid…amin…

  3. Najib b kasirun

    Allah lbh mnynygimu Tuan Kami pun sgt sygkn Tuan Tp ape blh wt Tuaan Milik Allah sdh tiba masanya Allah ambil apa yg dh miliknya… smga Tuan berada dlm golongn org2x beriman n dekat d cc Allah… salam Takziah from anak jati 8rrd (para)

  4. Norliah bte Md Esa

    Semoga Allahyarham ditempatkan bersama org yg beriman lagi beramal solleh.Al fatihah

  5. Seorg bapa yang amat memahami kehendak ilahi dah tabah dalam ujian ini. Seorang bapa yang hebat dapat melahirkan insan yang terbaik. Sesungguhnya allah menetukan kita yang merancang. Semoga keluarga ini di rahmati allah. Amin..

  6. Wan

    Semoga Allah memberikan tempat yg terbaik di sisiNya. Juga memberikan ketenangan dan kekuatan kepada keluarga.

Leave a Reply