Portal berita terbaik anda

Utama

Sate ‘hipster’ warna-warni jadi fenomena, laku habis

KEMAMAN – Pernah tak anda terbayangkan sate berwarna-warni? Kalau ikutkan memang pelik bila dengar wujudnya sate ‘hipster’ ini. Tapi sebenarnya sate warna-warni ini mula menjadi fenomena di Terengganu dan mendapat permintaan tinggi menjelang Aidilfitri.

Pengusahanya, Muhammad Zulhanif Hazman yang baru berusia 22 tahun berkata, permintaan sate ayam dengam empat warna tersebut yang dihasilkan sejak empat bulan lalu meningkat sehingga mencecah 15,000 cucuk pada Hari Raya.

“Saya berniaga sate ayam dan daging sejak lima tahun lalu, namun idea untuk buat sate warna-warni ini tercetus selepas mendapat nasihat daripada pembimbing program Empower Ecer yang saya pernah sertai,” katanya kepada Bernama.

Muhammad Zulhanif berkata sate berwarna yang dihasilkannya itu tetap mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan beliau masih menggunakan ramuan turun-temurun yang diwarisi daripada nenek serta ibunya.

Pada awalnya, ramai yang mempersoalkan warna sate yang dihasilkan olehnya, namun setelah mencuba sendiri ramai yang sukakan rasanya yang sedap kerana rasa satenya yang lembut dan warna tersebut menambahkan lagi selera.

Harga untuk sate warna-warni dan sate ayam hanya dijual 70 sen secucuk manakala bagi sate daging pula 90 sen secucuk.

Siapa yang nak menikmati Sate ‘hipster’ ini bolehlah ke restoran Four Z Broters Cafe, di Kemaman, Terengganu.

Loading...

Leave a Reply