Portal berita terbaik anda

Utama

Sana sini boikot siapa nak beli nanti?

KUALA LUMPUR – Gerakan memboikot produk keluaran bukan bumiputera tidak mendatangkan sebarang keuntungan kepada sesiapa, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata, rakyat Malaysia seharusnya meraikan kepelbagaian masyarakat dan memanfaatkan kekuatan bersama terutamanya dalam soal ekonomi.

“Teras kepada kemakmuran negara ini adalah sifat saling hormat-menghormati dan mempercayai antara kita termasuklah ketika menjalankan urusan ekonomi.

“Sifat saling mendukung ini akan membantu aktiviti ekonomi negara dan menjadikan negara lebih unggul,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Karnival Jualan i-Keep di sini hari ini.

Mutakhir ini terdapat kempen dalam media sosial oleh segelintir pihak supaya memboikot barangan keluaran bukan Bumiputera dan membeli produk keluaran Bumiputera.

Pada Jumaat lalu, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak bersetuju dengan gerakan memboikot itu dan menyifatkan perkara itu hanya dilakukan oleh mereka yang berfikiran cetek.

Ditanya sama ada beliau ada menerima sebarang laporan mengenai keberkesanan kempen boikot tersebut, Saifuddin berkata, beliau tidak menerima apa-apa maklumat.

“Tiada menerima apa-apa maklum balas sama ada ia telah berjaya atau ada kesan, (malah) dalam perjumpaan dengan persatuan atau pertubuhan pemborong dan peruncit semua macam biasa (tidak dibangkitkan),” katanya.

Loading...

Leave a Reply