Sambut ‘anniversary’ ke-10, suami hadiahkan isteri jambangan duit dan emas RM60,000

Mereka yang bergelar suami isteri sudah pasti terdetik untuk memberi hadiah sebagai tanda penghargaan buat pasangan masing-masing. Tidak kisah jumlahnya kecil ataupun besar, ia mampu dijadikan kenangan dalam hidup.

Sama seperti perkongsian seorang wanita di laman Facebooknya yang menerima sejambak ‘bunga’ dan barangan kemas sempena sambutan ulang tahun perkahwinan mereka.

Perkongsian wanita bernama Nur Ellena Shazlin berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu memaparkan dia menerima kejutan daripada suami tercinta dengan memberi sejambak wang dan emas bernilai hampir RM60,000.

“Hari ni hari paling terharu sangat2 bg saya ya Allah. Dapat suprise sempena anniversary kami yg ke-10 dari seorang suami yang hadiahkan barang kemas dan duit paling bernilai RM60,00 buat isterinya,” luahnya.

Tambahnya lagi, sambutan ulang tahun perkahwinan yang ke-10 itu disambut lebih awal berbanding tarikh sebenar iaitu pada bulan Mac.

“Dalam senyap dalam diam dia tempah dan suprise utk saya Biarpun anniversary kami pertengahan bulan Mac,tapi dia merancang lebih awal dia tak nak saya syak apa-apa daripada dia,” tulisnya.

Kelihatan jelas di dalam video tersebut, suaminya bernama Ijoe datang ke meja dengan memakai kostum Mickey Mouse ketika Ellena sedang khusyuk makan.

Posting wanita tersebut sudah pasti mendapat perhatian warganet yang rata-rata teruja melihat kebahagian mereka sekeluarga.

Selain itu, warganet juga tidak melepaskan peluang mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan buat kedua-dua mereka.

Loading...
Published
Categorized as Viral

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *