Portal berita terbaik anda

Utama

Terjual lebih 1,000 botol, Sambal Hitam Pahang pasangan buta ini jadi buruan

SAMA seperti penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama tahun lalu, PKP 3.0 kali ini turut memberikan tekananan kepada setiap lapisan masyarakat di negara ini sehingga ramai terpaksa mengambil inisiatif tambahan untuk menjana pendapatan demi meneruskan kelangsungan hidup.

Begitu juga buat pasangan orang kurang upaya (OKU) cacat penglihatan, Yusri Aziz dan isterinya, Nur Jannah Tan Jia Hui yang hilang sumber pendapatan setelah restoran tempat mereka bekerja terpaksa ditutup sejak dua bulan lalu.

Demi ingin mengubah kehidupan, mereka telah menemui sinar harapan bagi menjana pendapatan dengan menjual produk makanan dan kecergasan di platform e-dagang Shopee.

Pasangan tersebut membuka kedai maya itu dengan bantuan seorang kawan sepengajian di Universiti Malaya, Fa Phong pada minggu pertama bulan Jun lalu dan turut mempromosikan kedai mereka di laman sosial Facebook.

Kedai Shopee mereka yang diberi nama Yus Bisnes itu kini telah mendapat perhatian netizen apabila seorang pengguna Twitter @Nizam Arif_ yang telah memuat naik tangkap layar daripada posting pasangan tersebut dengan kapsyen yang mengajak rakyat Malaysia untuk menyokong perniagaan mereka.

Ciapan itu telah diulang kicau lebih daripada 11,000 kali dan Yusri berjaya menjual produk mereka yang mencecah RM600 hanya dalam masa 24 jam.

Yusri juga telah berkongsi berita gembira mereka telah menjual hampir 1,000 botol Sambal Hitam Pahang dengan nilai jualan mencecah kira-kira RM 10,000 hanya dalam masa seminggu.

Rata-rata rakyat Malaysia yang telah membeli dan mencuba produk Sambal Hitam Pahang ini memberi reaksi positif.

“Sambal hitam brand ni memang sedap gila tak tipuuuuu!!!” tulis pengguna Twitter @dzxrrxh

“Allah sedih nya…kita ramai-ramai lah membantu,” ujar seorang lagi pengguna Twitter @hakeemhaikal123

Sambil meluahkan rasa syukur dengan sokongan yang diberikan oleh orang ramai terhadap perniagaan mereka, Yusri turut memuat naik video tutorial di dalam satu kumpulan Facebook untuk para penjual Shopee, Shopee Uni tentang bagaimana mereka menguruskan perniagaan atas talian.

“Alhamdulillah dengan cara ini saya dapat menguruskan order daripada pelanggan dan juga menjawab chat sekiranya ada persoalan dariapda pelanggan,” Ujar Yusri di dalam kapsyen video tutorial tersebut.

Sementara itu, Ketua Pengurusan Peniaga Shoppee Malaysia, Zed Li mengatakan bahawa mereka membangunkan halaman Facebook Shopee Uni beberapa tahun lalu demi menggalakkan komuniti penjual untuk belajar dan berkongsi pengetahuan sesama mereka.

“Amat mengagumkan apabila kita menyaksikan para penjual lain menawarkan diri dan membimbing Yusri mengenai cara untuk meningkatkan jualannya, serta melihat Yusri turut berkongsi ilmu tentang bagaimana beliau memanfaatkan Shopee untuk bangkit semula setelah kehilangan pendapatannya walaupun menghadapi cabaran fizikal.

“Kisah Yusri adalah contoh bagaimana kami menjadikan e-dagang mudah diakses oleh semua,” ujar Zed Li.

Li turut menambah bahawa Shopee juga menganjurkan secara purata 50 kelas atas talian setiap bulan untuk melatih para penjual mengenai topik seperti teknik asas jual beli atas talian, pemasaran, pengendalian logistk serta perkhidamatan pelanggan atas talian dan lain-lain menerusi bengkel penjual percuma Shopee University bagi membolehkan para penjual mengoptimumkan jualan mereka di platform tersebut.

Loading...

Leave a Reply