Portal berita terbaik anda

Info

Saintis syor makan tahi hidung untuk kesihatan

SELALUNYA ibu bapa pasti menegah teruk anak-anak kecil mereka daripada mengorek dan memakan tahi hidung sendiri.

Namun tahukah anda, kajian terbaharu para saintis Barat mendapati sebenarnya praktis ‘pengotor’ itu mungkin mampu membantu meningkatkan sistem imun!

“Makan saki-baki tahi hidung kering yang ditarik keluar daripada hidung adalah cara yang baik untuk menguatkan sistem imun tubuh anda,” kata pakar paru-paru Austria, Profesor Friedrich Bischinger kepada akhbar UK, The Telegraph.

Para saintis daripada beberapa universiti terkemuka dunia, termasuk MIT dan Harvard, malahan menyatakan bahawa hingus kering atau tahi hidung mengandungi bakteria baik.

Oleh itu, mereka memutuskan bahawa memakan tahi hidung mungkin mampu mencegah bakteria penyebab kaviti daripada melekat di gigi, mempertahankan jangkitan pernafasan, ulser perut dan juga HIV, lapor Telegraph.

“Alam semula jadi sememangnya menganjur kita untuk melakukan pelbagai cara demi kelangsungan hidup dan memperbaiki sistem tubuh,” kata Dr. Scott Napper, profesor biokimia daripada Universiti Saskatchewan, Kanada.

Sementara itu, CBC News melaporkan bahawa terdapat beberapa orang penyelidik yang sedang cuba untuk mencipta ubat gigi dan gula-gula getah yang diperbuat daripada hingus sintetik untuk meningkatkan kebersihan gigi. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

Loading...

2 Comments

  1. jembalang hutan

    Lepas makan taik idung , makan taik jubur pulak .
    Macam2 saintis barat kejadah nk bgtau kat kita yg dorg tu kuat mentedarah taik.
    Hissh

  2. the hantus

    Taik idung mampu cegah kaviti.
    Kalau taik jubur pulak, mampu cegah apa ?
    Dasar saintis barat, otak bertepu ngan taik.

Leave a Reply