Portal berita terbaik anda

Viral

‘Sabar bang, sabar..’

Tular di media sosial video pergaduhan pemandu teksi dengan penunggang motosikal dalam satu kejadian di Damansara, Selangor, semalam.

Video berdurasi 1 minit 38 saat itu memaparkan pemandu teksi telah dihentak dengan stereng lock oleh penunggang motosikal sehingga dia jatuh tersembam di atas jalan raya.

Penunggang motosikal turut memukul mangsa beberapa kali dengan mangsa dilihat mengangkat tangannya untuk cuba menahan pukulan tersebut.

Kejadian tersebut disaksikan oleh pengguna jalan raya yang lain bagaimanapun tiada seorang pun yang datang menghulurkan bantuan kepada mangsa.

Mujurlah tidak lama selepas itu, datang seorang penghatar makanan dan telah meleraikan pergaduhan tersebut namun ianya tidak berakhir di situ apabila kedua-duanya berperang mulut di tepi jalan.

Video tersebut kemudiannya tular di media sosial dan menerima pelbagai reaksi daripad netizen.

“Yang pukul salah juga, tapi “kadang-kadang” ada pemandu teksi bawa sesuka hati juga. Mungkin udang sebalik batu.. tunggu cerita selanjutnya,” kata Tony Lau

“Harap netizen jangan buat andaian sendiri. Mesti ada sebab kenapa brader tu sanggup pukul dengan stereng lock walaupun driver teksi tu dah tua. Mungkin dia ada cakap “mak kau hijau” tu yang brader tu marah sangat,” kata Abi Ahmad Furqan.

“Pemandu teksi mmg kurang ajar tambah2 area KL. Ikut dan mak bapak dia ja tukar lane. 85% pemandu teksi memang kurang ajar, patut boikot ja,” kata Hafiz Hanafi.

Loading...

Leave a Reply